Advertiser

Advertiser
Nak Cari Kerepek.. Datang Sini

Domain Tawaran Terbaik

Sejarah Asal Usul Aiskrim Jenis Juga Kemasyuran

Sejarah Aiskrim Banner
Sejarah aiskrim dunia

Sejarah Asal Usul Aiskrim Dari Jenis Dan Juga Kemasyuran

Asal usul aiskrim jika di kaji tidak akan di temui kerana aiskrim dikatakan wujud bertahun-tahun sebelum Masihi. Tiada tarikh dan pencipta yang khusus yang dapat diberikan kredit kepada sejarah awal kewujudan aiskrim. Pada masa tersebut nama aiskrim itu sendiri pun tidak wujud. Cuma apa yang diketahui adalah cerita dari tokoh zaman silam yang berkaitan aiskrim seperti kisah Alexander The Great yang telah menikmati kedinginan semangkuk salji bersama curahan kemanisan madu. Dalam beberapa buah buku juga ada menceritakan bahawa King Solomon seorang penggemar minuman yang berais atau sejuk semasa musim menuai.

AisKrim Bermula Di China dan sejarahnya

Sejarah kewujudan aiskrim juga dikatakan bermula di China. Ini kerana sekitar 200 sebelum Masihi campuran susu beku dan nasi telah di gunakan di China. Merujuk kepada Maguelonne Toussaint-Samat di dalam bukunya yang bertajuk “History Of Food”, rakyat China seharusnya diberi satu penghargaan kerana telah mencipta alat atau kaedah untuk membuat aiskrim.

Dimana rakyat China telah meletakkan campuran salji dan garam menutupi bekas yang di isi dengan sirap. Ini kerana garam berfungsi untuk meningkatkan takat didih air dan juga boleh jadi merendahkan takat beku dibawah kosong.

Pada zaman dinasti Song (960-1279) dibawah pemerintahan Maharaja Ying Zong, satu sajak yang mengisahkan berkenaan aiskrim telah dicipta oleh Yang Wanli. Pada zaman Dinasti Yuan, Kublai Khan menikmati aiskrim dengan tenangnya dimana resipi dan cara pembuatan aiskrim adalah kekal sebagai rahsia diraja sehinggalah Marco Polo datang membuat lawatan sambil belajar ke negara China.

Marco Polo telah telah mempelajari dan mengambil teknik pembuatan aiskrim dan membawanya pulang ke Italy, negara Eropah dan juga Amerika. Antara versi lain yang menceritakan sejarah awal kewujudan ais krim ini dikatakan Nero Claudius Caesar dari Empayar Rome pada tahun 54-86 selepas Masihi. Beliau telah mencadangkan untuk membuat makanan daripada salji yang diambil dari puncak gunung dimana salji yang diambil itu dimakan bersama buah dan jus.

Ada juga yang meriwayatkan bahawa ais krim dibawa dari China ke Eropah oleh King Tang of Shang 618-97 sebelum Masihi, di mana beliau telah menemui cara untu membuat ais krim daripada susu. Versi ini mungkin hanya satu rekaan kerana zaman pemerintahan King Tang of Shang adalah pada tahun 1675-1646 sebelum Masihi.

Sejarah Perkembangan Yang Membawa Kepada Kemasyuran Ais Krim
Carlo Gatti

Pada pertengahan abad ke-18, aiskrim merupakan satu juadah yang boleh dinikmati dengan tenang bagi orang kebiasaan di kawasan Mediterranean. Di England kemasyhuran aiskrim bermula pada pertengahan abad ke-18, segalanya bermula dari seorang pendatang Swiss yang bernama Carlo Gatti apabila beliau membuka sebuah gerai aiskrim di luar stesen Charing Cross pada tahun 1851. Pada tahun 1860 sejajar dengan perkembangan dan kemajuan perniagaan aiskrim beliau, Carlo Gatti mula mengimport aiskrim dari Norway secara besar-besaran. Carlo Gatti telah dikreditkan sebagai orang pertama yang membolehkan orang ramai menikmat aiskrim melalui gerai beliau.

Agness Marshall “Ratu Ais”

Agness Marshall yang digelar sebagai “Ratu Ais” di England merupakan individu yang bertanggungjawab mempopularkan resipi membuat aiskrim dan membuatkan aiskrim boleh dinikmati oleh golongan pertengahan. Disamping mengendalikan kelas masakan kepada orang ramai Agness Marshall juga telah menulis empat buah buku yang bertajuk Ices Plain and Fancy: The Book of Ices (1885), Mrs. A.B. Marshall’s Book of Cookery (1888), Mrs. A.B. Marshall’s Larger Cookery Book of Extra Recipes (1891) and Fancy Ices (1894). Beliau juga telah mencadangkan idea penggunaan cecair nitrogen dalam pembuatan aiskrim.

Ais Krim Soda

Aiskrim soda atau float dicipta pada tahun 1870-an. Kewujudan aiskrim soda ini telah meningkatkan lagi popularity aiskrim. Pada tahun 1874 seorang warga Amerika bernama Robert Green telah mengaku bahawa beliaulah yang menyumbang kepada kewujudan aiskrim soda ini, tetapi beliau tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataannya itu. Maka dari sini wujudlah “coke float” dan “root beer float” sehingga ke hari ini.

Ais Krim Sundae

Aiskrim sundae mula wujud pada penghujung abad ke-19. Terdapat beberapa orang individu yang telah mengaku bahawa merekalah orang yang pertama mencipta aiskrim sundae, tetapi seperti Robert Green juga dakwaan mereka tidak disusuli dengan bukti yang dapat menyokong pengakuan mereka.
Ada sumber menyebut aiskrim sundae terhasil disebabkan oleh bantahan terhadap Blue Laws, dimana mengikut Blue Laws pada setiap hari Ahad penjualan barang-barang tertentu termasuk soda adalah dilarang. Selain individu terdapat juga beberapa buah bandar seperti Buffalo, Two Rivers, Ithaca, dan Evanston mengaku bahawa aiskrim sundae berasal dari bandar mereka.

Ais Krim Kon

Populariti aiskrim kon dan banana split mula meningkat naik pada awal abad ke-20. Sebutan pertama perkataan kon yang di tulis didalam buku Mrs. A. B. Marshall’s Book of Cookery pada tahun 1888 adalah merujuk kepada bekas aiskrim yang boleh dimakan. Dalam salah satu resipinya iaitu “Cornet with Cream”, beliau menjelaskan bahawa kon yang dihasilkan adalah diperbuat daripada badam dan dibakar didalam ketuhar. Aiskrim kon mula dipopularkan di St. Louis World’s Fair USA pada tahun 1904. Bermula disinilah maka lahirnya ais krim jenama Cornetto.

Kehadiran Peti Sejuk

Sejarah perkembangan aiskrim berkembang dengan mekarnya keseluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada abad yang ke-20 disebabkan oleh terciptanya peti sejuk yang murah dan mampu milik pada pertengahan abad ke-20. Seharusnya kita berterima kasih kepada Oliver Evans seorang pencipta dari Amerika Syarikat yang telah mereka mesin peti sejuk yang pertama pada tahun 1805. Disebabkan oleh inovasi oleh Oliver Evans, pada tahun 1915 peti sejuk yang lengkap telah dicipta oleh Alfred Mellowes. Maka di pertengahan abad yang ke-20 wujudlah kedai aiskrim dan pelbagai jenis aiskrim dengan berbagai perisa.

Cara Tradisional Sebelum Kewujudan Peti Sejuk

Sebelum wujudnya peti ais moden, aiskrim merupakan satu hidangan mewah yang hanya dihidangkan pada majlis yang istimewa dan terulung sahaja. Ini kerana proses pembuatannya memerlukan usaha, kesabaran dan tenaga kerja yang tinggi. Frederic Tudor yang kenali sebagai Boston’s Ice King merupakan pengasas Tudor Ice Company, dimana beliau menjalankan perniagaan membekalkan ais yang dipotong dari tasik di sekitar New England ke Caribbean, Eropah serta India.

Sejarah Baskin-Robbins

Pada tahun 1945 Baskin-Robbins telah ditubuhkan. Pada awalnya pembukaan pada tahun 1946 Baskin-Robbins hanya menawarkan 21 jenis perisa aiskrim sahaja. Pada tahun 1953 jumlah perisa telah ditambah kepada 31 jenis yang diguna pakai sebagai strategi pemasaran mereka yang berpaksikan kepada ideologi syarikat iaitu “one for every day of the month”.

Pada hari ini Baskin-Robbins telah berkembang dengan sekembang-kembangnya di 7300 lokasi pelusuk bumi tidak terkecuali Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pada penghujung Disember 2013 di Amerika Syarikat sahaja mereka mempunyai hampir 2500 cawangan dan 4800 cawangan bertaburan dimerata ceruk bumi dengan lebih 1000 jenis variasi aiskrim yang telah dicipta.

Apa Itu Soft Aiskrim

Salah satu pembangunan terlulung didalam industri aiskrim pada abad ke-20 adalah dengan lahirnya “soft ice cream” yang lembut di bibir serta cair di mulut. Wujudnya “soft ice cream” ini kerana para pengeluar ais krim mahu menjimatkan kos pengeluaran. Kandungan “soft ice cream” adalah campuran udara yang lebih dalam penghasilan aiskrim berbanding aiskrim biasa.

Sumber : dailyrakyat.com

Tempahan Katering Aiskrim

Tempahan aiskrim bagi pakej katering terbaik untuk majlis boleh hubungi kami di bahagian - Contact Us - Di laman : www.aiskrim4u.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aiskrim Katering Hanan IceCream untuk serikan majlis anda - Contact : 018 - 3214610 WhatsApp