Advertiser

Advertiser
Nak Cari Kerepek.. Datang Sini

Domain Tawaran Terbaik

Info Aiskrim Potong Pelbagai Jenis Yang Menarik

Aiskrim Potong
Aiskrim potong

Info Aiskrim Potong Pelbagai Rupa Dan Jenis Yang Menarik

Tahukah anda apa itu Aiskrim Potong, ramai yang sukakan aiskrim lebih lebih lagi buatan secara homemade tradisional. Nama je potong tapi kebanyakan sekarang pengusaha yang saya jumpa mereka membuatnya dah siap acu, jarang sangat yang terus potong potong ni, memang sangat rare la kiranya kalau jumpa. Kami ada juga kongsikan jenis bagi aiskrim batang " Malaysia " dengan pelbagai rupa perisa yang menarik. Asas bagi aiskrim potong yang berbentuk empat segi dicucuk dengan lidi bagi pemegang dan yang sangat menariknya ialah aiskrim itu boleh dipelbagaikan perisa dan juga warnanya, boleh juga dimakan begitu sahaja, lebih lambat cair sebab aiskrim ini jenis hard dan keras sedikit jika nak banding dengan aiskrim kon. Sama tektur dengan aiskrim batang atau Malaysia atau lebih dikenali dengan bentuk panjang.

Pengalaman Makan Aiskrim Potong Yang Menarik

Penjual bermotor banyak menjual aiskrim jenis potong ini. Saya cukup teruja bila mendengar loceng yang dibunyikan dan tanda yang penjual aiskrim akan lalu. Salah satunya ialah Brand atau jenama King’s Potong yang mengembalikan kenangan nostalgia masa lalu apabila aiskrim seumpama ini, walaupun kelihatan mudah dan ringkas sahaja tetapi ia boleh mengembirakan kita dengan kepelbagaian perisanya ketika dalam cuaca panas.

Jenis Perisa Aiskrim Potong dan rasa seperti dibawah ini
  • Perisa keladi
  • Perisa vanilla
  • Perisa strawberry
  • Perisa coklat
  • Perisa jagung
  • Perisa durian
  • Perisa Oren
  • Perisa Kacang Hijau
  • Perisa teh tarik pun ada

Banyak lagi dan macam macam jenis lagilah mengikut sesuai kreativiti untuk mengolah aiskrim secara kreatif di rumah juga buatan homemade, peluang sangat baik bagi yang ingin membuat bisnes aiskrim potong seperti jenis diatas. Setakat ini kami belum dan tidak lagi membuatnya.

Sumber : Internet

Tempahan Katering Aiskrim

Berminat untuk tempahan aiskrim bagi pakej katering terbaik untuk majlis boleh hubungi kami di bahagian - Contact Us - Di laman : www.aiskrim4u.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aiskrim Katering Hanan IceCream untuk serikan majlis anda - Contact : 018 - 3214610 WhatsApp