Advertiser

Advertiser
Nak Cari Kerepek.. Datang Sini

Domain Tawaran Terbaik

Jenis Mesin Aiskrim Dan Angaran Harga

Mesin aiskrim harga
4 jenis mesin aiskrim

Antara Mesin Aiskrim Info Untuk Anda

Jenis mesin aiskrim dan angaran harga bagi yang berminat untuk mula buat bisnes aiskrim sendiri dan jika anda betul betul serius ingin mulakan perniagaan sendiri atau bisnes aiskrim anda sendiri, oleh itu anda juga perlukan sebuah mesin askrim, nak buat aiskrim yang sangat sedap perlu juga mesin aiskrim yang terbaik. Yang pertama dahulu anda perlu tahu ialah jenis aiskrim apa yang anda ingin mula menjual dan berniaga? Ada empat jenis kategori aiskrim boleh niaga dengan bajet sederhana untuk permulaan buat bisnes aiskrim ini secara kecil kecilan. Kalau nak lagi murah tak mahu keluar modal yang besar anda saya saran boleh jual aiskrim Malaysia sahaja, modal pun RM50 tak sampai, jimat dan murah serta tak perlukan mesin aiskrim ini, antaranya empat jenis alat seperti info dibawah.

Mesin aiskrim goyang
Mesin aiskrim goyang

Mesin aiskrim goyang

Goyang gerudi inul dalam kategori paling murah bajetnya dari jenis harga keempat ini, haha gurau je. Mesin aiskrim ini dari segi rupa sangat ringkas dengan cara mudah pengunaan. Harga alat aiskrim goyang antara RM400 ke RM600 bagi keseluruhan pakej. Jika anda berminat berniaga aiskrim ini boleh la beli mesin jenis ini, macam mana nak beli? Kami tak jual benda ni, Search je kat internet, ada ramai orang jual mesin aiskrim, nak tau cara buat aiskrim ini boleh ikut tutorial info disini - Aiskrim Goyang.

Mesin aiskrim gulung
Mesin aiskrim gulung

Mesin aiskrim gulung

Atau dikenali aiskrim Goreng, gaya macam mengoreng sesuatu dikuali. Selepas itu digulung, Pan atau kuali ini sejuk sebenarnya. letak perisa air bancuhan aiskrim diatasnya ia akan terus membeku, lepas itu boleh korek pakai skraper terus sahaja mengulung. Mesin aiskrim ini sangat simple dan ringkas. Pembeli boleh lihat sendiri cara aiskrim jenis ini digulung sempurna cara ia dihasilkan, nampak sangat menarikkan.. Banyak jenis mesin aiskrim gulung ini, dan jenis ini salah satu dari pelbagai jenis info mesin aiskrim. Harga bagi mesin aiskrim gulung antara RM3000 - RM5000 mengikut jenis.

Mesin aiskrim colek
Mesin aiskrim colek

Mesin aiskrim colek

Sesuai sesiapa nak menjual aiskrim Kon atau cup.. Colek colek boleh jual dah, info disediakan juga peti bagi simpanan untuk menyimpan khas aiskrim colek. Mesin ini ada motor yang berpusing, juga telah disediakan tong aiskrim yang juga diperbuat dari pokok pine. Konsep dia dengan cara manual juga, letak ais di sekeliling dalam tong aiskrim tadi lalu diputar dan dah siap jadi aiskrim, selepas itu boleh simpan dalam peti yang juga disediakan dan seterusnya boleh simpan terus dalam peti sejuk. Kalau nak mula meniaga boleh keluarkan dan mula colek letak dalam kon atau bekas cup dan cawan, ikut kesukaan. Letak roti atau makan macam itu pun boleh. Harga mesin aiskrim colek antara RM1500 - RM2500 mengikut kondisi dan jenama.

Mesin aiskrim soft
Mesin aiskrim soft

Mesin aiskrim Soft

Kalau anda betul betul serius ingin meniaga aiskrim, mesin aiskrim jenis soft ini patut jadi salah satu pertimbangan anda, nampak lebih pro dan canggih dari ketiga jenis diatas, antara mesin yang akan jadi idaman bagi peniaga aiskrim dan juga paling mahal dalam kategori ini, yang bestnya tentang mesin ini ialah otomatik sepenuhnya. Sesuai di kiosk kedai serbaneka atau juga supermarket. Untuk info mesin ini berat sedikit sarat dengan teknologi terkini, jadi tektur aiskrim yang soft dan lembut berkrim, harga dia jadi mahal sedikit tapi berbaloi untuk anda dimiliki. Harga bagi mesin aiskrim soft pula lingkungan harga RM4000 dan keatas.

Pelbagai Mesin Aiskrim Soft
Pelbagai jenis mesin aiskrim soft

Kami tak jual mesin aiskrim, cuma beri info pendapat tentang jenis aiskrim dan juga harga angaran bagi mesin aiskrim. Harga pula ikut keadaan semasa dan juga ikut si penjual tersebut. Ingin berniaga aiskrim secara terus atau katering boleh pertimbang peralatan mesin aiskrim diatas, selamat berniaga dan maju jaya.

Tempahan Katering Aiskrim

Tempahan aiskrim bagi pakej katering terbaik untuk majlis boleh hubungi kami di bahagian - Contact Us - Di laman www.aiskrim4u.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aiskrim Katering Hanan IceCream untuk serikan majlis anda - Contact : 018 - 3214610 WhatsApp