Advertiser

Advertiser
Nak Cari Kerepek.. Datang Sini

Domain Tawaran Terbaik

Info Aiskrim Batang Homemade Sumber Di Internet

Banner aiskrim batang
Banner aiskrim batang

Info Aiskrim Batang Homemade Sumber Di Internet

Tahukah anda apa itu Aiskrim homemade, ramai yang kongsikan resepi dan cara buat bagi aiskrim homemade dirumah. Asas aiskrim dari bahan seperti milo, Oreo dan pelbagai lagi. Campuran bahan ini diisi dalam plastik panjang, lalu ia didinginkan sehingga beku tapi ada lagi cerita yang lagenda aiskrim batang ini, Masa Bro masih lagi kecil dahulu aiskrim menjadi pilihan pertama, sebab ia murah hanya sepuluh sen sahaja. Terkenal juga dengan nama aiskrim batang Malaysia. Sekarang ini pelbagai ragam jenis dan warna warni bagi campuran bahan terbaru yang lebih kreatif, semakin berebut-rebut juga orang cuba untuk resepi aiskrim batang. Dulu yang ada cuma sirap perisa jagung, milo juga bandung, asam boi dan anggur dan juga macam macam lagi. Sekarang dah campur jelly lah, campur coklat dan ada yang juga campur nutella lagi. Bertambah sedapnya makan bila cuaca panas, hisap kemam sampai cair dimulut.

Jenis jenis aiskrim batang Malaysia

Kepelbagaian homemade aiskrim batang yang berada di Malaysia antaranya seperti dibawah.
  • Perisa milo
  • Perisa oren
  • Perisa anggur
  • Perisa asam jawa
  • Perisa sirap bandung
  • Perisa bandung cincau
  • Perisa jagung
  • Perisa asam boi
  • Perisa sumi jelly
  • Perisa choki choki
  • Perisa jelly lolipop
  • Perisa Nutella
  • Perisa Kacang Hijau
  • Perisa Gula Apong
  • Perisa cendol
  • Base Susu
  • Perisa blueberry yogurt
  • Perisa strawberry yogurt
  • Koktail - Dan banyak lagi

Sekarang rata rata aiskrim batang berharga serendah 50 sen hingga seringgit, jauh beza harga dulu dan sekarang. Peningkatan harga bagi aiskrim berganda ganda.

Bisnes Aiskrim Katering Di Rumah

Bisnes aiskrim batang juga guna modal yang kecil dan juga minima, tiada pembelian peralatan yang mahal, cuma beli bekas untuk bancuhan, perisa dan plastik kecil panjang. Boleh niaga secara kecil di rumah secara homemade untuk edaran disekitar rumah dan juga boleh buat tempahan katering aiskrim untuk majlis kenduri Kendara. Kami juga membuat aiskrim homemade untuk tempahan majlis.

Sumber : Internet

Tempahan Katering Aiskrim

Tempahan aiskrim bagi pakej katering terbaik untuk majlis boleh hubungi kami di bahagian - Contact Us - Di laman www.aiskrim4u.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Aiskrim Katering Hanan IceCream untuk serikan majlis anda - Contact : 018 - 3214610 WhatsApp